Thursday, August 11, 2011

Demam ~ hapuskan dosa?

Bismillah'hirrahmannirrahim
Assalam'mualaikum

Isnin, 1 Ogos 2011

Hari ini bermulanya bulan ramadhan, 1 syawal,eh? ramadhan, kan? Alhamdulillah, 11 bulan kita bertempur, akhirnya sampai jua dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Betapa seronoknya kita sebagai umat islam, kan? Amalan ibadah yang kita lakukan kerana Allah dilipat gandakan ganjaran pahalanya. Doa kita pada bulan ramadhan juga dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Jadi bagi sesiapa yang ada hajat, berdoalah pada bulan ramadhan ini, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita. Amin...

Baiklah, itu hanya sekadar permulaan. Nampak seperti tiada kena-mengena dengan tajuk, kan? Tak pe, kita baca dahulu. Di sini, saya mahu cerita tentang perkara yang telah berlaku.

Pada hari semalam (31 Julai) satu virus telah menjangkiti saya. DEMAM...
Mungkin disebabkan antibodi saya yang tidak se-though batu, maka mudahlah virus ni nak sampai. Ya Allah, betapa peritnya semasa demam tu..teringat akan peristiwa semasa kecil2 dahulu. Tidak lalu makan saya dibuatnya.



Patutlah semalamnya saya tidak selesa nak tidur. Rupa-rupanya inilah yang berlaku. Pagi2 bile terasa demam tu, terus je cari kurma. Penceramah yang pernah datang kat sekolah kata " 3 biji kurama kurma dan air masak merupakan antibodi yang kuat untuk badan." So, saya try lah cari kurma kat dapur...
Ok...pencarian bermula....
dalam kabinet...urm tak de. Ok, cancel
atas oven yang berselerak tu x de jugak...
kat dalam icebox...hurm, x nmpk pun....
konklusi....urm, TIDAK JUMPA!!!! mne kurma nih??!!...x tahu ke yang saya ni sakit..hehe

Hari Ahad tu ada kenduri kat rumah makcik...hurm, maaf lah auntie..kite tak dapat nak tolong, nak bangun pun dah tak larat nih. Hari tu...sarapan pagi masih lum siap..perut kosong..segalanya rasa sakit. Sakit belakang pun ade..peh!!...da mcm owg tua plak. Sampai waktu petang saya tak boleh nak makan, cuma makan roti je...bukan nak seksa diri. Tapi brtul2 tak larat. Dalam hati ' Anim, makanlah makanan tu. Dah sakit sgt nih' Ok, saya try makan nasi...dapat makan dua suap je. Yang selebihnya...jadi tatapan kat bawah tudung saji la jawabnye. hurm....

Ok, pada hari2 yang lepas. Saya berdoa agar Allah S.W.T yang Maha Pengampun (Ar-ghofur) mengampuni dosa2 saya. Kemungkinan demam yang saya dapat ni..adalah sebagai penghapus dosa.

Keesokan harinya, ALHAMDULILLAH, saya dah beransur sihat. Sekurang2nya kepala dah tidak pening lagi... :) Dan bermula lah juga 1 Ramadhan.

Hari ni, 11 Ogos 2011
~ Saya masih batuk dan selesema...(try makan 1 biji oren sehari, vitamin C bagus untuk kesihatan ye adek2. Insya'allah dgn izin-Nya..kita akan sihat).

Konklusinya..demam sememangnya penghapus dosa.
~ Saya masih belum sihat lagi...huhu. Doakn saya sihat ye readers tersayang. Mudah2an kita akan sama2 sihat agar kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna kepada-Nya.


Subhanallah
Walhamdulillah
Wala'ila'haillahlah
Wallahuakbar

Itu sahaja untuk awak... :)
~Wa'alaikumussalam~
ma'assalamah
wa'ilalliqo'

2 comments:

  1. syafakallah nadcutie..
    insya Allah ade hikmah disebalik demam tu..
    banyakkan lah berdoa..

    ReplyDelete

SEMUA YANG TERTULIS DISINI HAK MILIK CIKNADHIRAH